Online Diary E.T bELoG..©

Monday, 19 November 2012

SEjaraH cAKlemPOng





-Caklempong adalah sejenis muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Ensembel Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat. Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Calempong atau Telempong.         Ada dua pendapat tentang asal-usul Caklempong: • berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman’. • Berdasarkan kepercayaan orang Minangkabau, semasa pertabalan Tunku Laras di Tanah.Datar Minangkabau, baginda telah ghaib dengan tiba-tiba dan dipercayai dilarikan oleh puteri kayangan. Di sanalah baginda mendengar bunyi-bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong. -Caklempong dibawa ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke 19 oleh peniaga Minangkabau dari Sumatra Barat yang datang dan bermastautin di Negeri Sembilan. Permainan Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini.Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:

Gereteh


Tingkah/Saua


Bangsi
Gendang

Kayupengetuk
Kayu pengetuk


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 17 November 2012

ya RABBI...selamatkan mereka...


Do'a untuk GAZA, Palestine.

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ

اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ

(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي

اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ

اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aamiin :'(

Ya Allah Selamatkanlah Palestine
Photo: Solidarity with Gaza in France!

sila Like Ya Allah Selamatkanlah Palestine untuk mendoakan saudara-saudara kita di Gaza, Palestine..Photo: : Gaza memang tak kuat, tak ada senjata sehebat Israel, tak ramai tentera seramai Israel, tetapi mereka masih ada Allah. Ya Allah :'( Pray For Gaza T____T

Ya Allah Selamatkanlah Palestine 
Ya Allah Selamatkanlah Palestine
Kanak-kanak ni tidak bersalah.. tapi inilah angkara sifat binatang yahudi laknatullah Israel!! Ya Allah hancurkanlah dan musnahkan regim Zionis Israel laknatullah!!

sila Like Ya Allah Selamatkanlah Palestine untuk mendoakan saudara-saudara kita di Gaza, Palestine..
Photo: Kanak-kanak ni tidak bersalah.. tapi inilah angkara sifat binatang yahudi laknatullah Israel!! Ya Allah hancurkanlah dan musnahkan regim Zionis Israel laknatullah!!

sila Like Ya Allah Selamatkanlah Palestine untuk mendoakan saudara-saudara kita di Gaza, Palestine..
Photo: Power of Women !
Flash Mob 'Silence is betrayal'

Tahniah mahasiswa & mahasiswi UNIMAS !

 Ya Allah Selamatkanlah Palestine

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Cinta Allahpun Bersyarat ....



Cinta Allahpun Bersyarat
Musibah Diundang atau Tidak Diundang
Apa sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu sahaja.
Jika Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’
Jika musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Kecilkan Risiko
Sebelum bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka mengurat.
Berkawan dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu SMS dan call pada perkara yang tidak penting.
Selalu bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram.Tanpa urusan munasabah.
Jika kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian, apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah  Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita yang mengundangnya. 
Minimumkan Musibah
Langkah pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah. Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita sendiri.
Ramai pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika pasangannya itu mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati melangkah.
Jika ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain. 
Syarat Suatu Yang Normal Dalam Aqad Muslim
Kita nak beli rumah dan kereta ada syarat. Nak buat pinjaman ada syarat. Nak sewakan rumah kita kepada orang lain, kita letakkan syarat yang munasabah. Bahkan dalam kebanyakan aqad kaum muslimin, ia sangat bijaksana meletakkan syarat. Ia suatu yang normal. Ia suatu sikap berpandangan jauh terhadap risiko masa depan.
Cinta lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di fasa pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa depan. Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Islam sangat manusiawi. Sensitiviti dan kondisi individu berbeza-beza. Berbincang dan letaklah syarat yang dipersetujui bersama. Demi keteguhan masa depan.
Lihatlah, cinta Allahpun mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan daripada risiko penganiayaan.
Betapa ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 16 November 2012

Landscape -Peraturan asas bina taman idaman



Sehari bersama acik,..eT dgn die membeleklah buku laman..hurmm perasaan melayan sesuatu bersama teman memang lain..tmbah2 kalau lihat sesuatu yang cantik or pa pe..selalu je nk gaduh..berebut..eT nk rumah 2,acik pon nak rumah 2,acik nak laman mcm nie eT PON NAK JGK...MAK AI..hurmm...tapi senanya eT suka laman yang berbentuk taman..best klu dapt riadah bersma family..tenang dan nyaman semestinya..



 Bagi membantu mewujudkan taman impian, eT berikan beberapa panduan asas:
Keluasan
  • Ia adalah asas penting bagi pembentukan sebuah taman. Warna dan tekstur akan datang dan pergi mengikut musim tetapi apabila menentukan keluasan dan mula membentuk taman, ia tidak mudah untuk diubah lagi.

  • Sentiasa perhatikan ruang dan persekitaran kediaman serta kawasan taman berdekatan untuk dijadikan panduan.

  • Sebuah taman herba sangat ideal bagi kediaman kecil tetapi pastinya janggal bagi sebuah rumah teres yang mempunyai kawasan sangat luas.

  • Tekstur

  • Ia memberi bentuk dan kesan mendalam bagi sebuah taman. Tanaman berdaun yang bertekstur halus seperti paku-pakis atau ati-ati pastinya menggamit tetamu untuk mendekatinya.

  • Bagi menghidupkan kombinasi di taman, tanaman berdaun runcing dan rumput hiasan adalah cara terbaik tetapi jika terlalu banyak pokok yang mempunyai tekstur sama, ia pasti membosankan.

  • Kesan bunyi

  • Kesan bunyi di taman antara elemen penting yang sering diabaikan. Jika ia dimasukkan dalam taman, hasilnya pasti memuaskan.

  • Fikirkan apa yang lebih praktikal sama ada menanam tumbuhan renek merimbun atau membuat binaan air terjun sebagai terapi tetapi keselamatan jangan diabaikan.

  • Struktur

  • Ia bukan melambangkan binaan atau hiasan saja tetapi secara keseluruhan merangkumi laluan, dinding, pokok besar, atau elemen lain yang membentuk taman.

  • Struktur ini menentukan keluasan taman dan bertindak sebagai penanda arah kawasan persekitaran .

  • Struktur boleh juga dikategorikan sebagai hiasan pengindahan taman seperti pergola, bangku dan patung.

  • ragam penyusunan ini menentukan suasana taman sama ada penuh dengan kedamaian atau tidak.

  • Warna

  • Faktor ini juga penting bagi mewujudkan sebuah taman yang tidak hambar.

  • Lakukan sedikit eksperimen bagi menentukan apa disukai. Mungkin boleh mencuba pelbagai warna di kawasan berlainan.

  • Fikirkan juga aspek warna pada daun, batang pokok, dan buah-buahan yang tidak bermusim selain warna pada hiasan taman.

  • Pencahayaan

  • Boleh dihasilkan secara semula jadi atau buatan. Perhatikan pergerakan cahaya matahari. Kedudukan tanaman, struktur dan lampu mempengaruhi pembentukan sebuah taman itu. Anda mungkin berasakan tidak perlu untuk menyediakan lampu taman, kerana jarang ke situ pada waktu malam tetapi sebenarnya jika mempunyai cahaya di situ ia pastinya menarik untuk mendapatkan ketenangan.

  • Cuba praktikkan penggunaan sumber cahaya dengan sepenuhnya seperti lilin, unggun api, lampu taman, atau cahaya semula jadi seperti matahari dan bulan.

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen