Online Diary E.T bELoG..©: SEjaraH cAKlemPOng

Monday, 19 November 2012

SEjaraH cAKlemPOng





-Caklempong adalah sejenis muzik tradisional masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Ensembel Caklempong memainkan peranan penting sebagai muzik rakyat. Caklempong juga dikenali sebagai Taklempong, Calempong atau Telempong.         Ada dua pendapat tentang asal-usul Caklempong: • berasal dari kayangan berdasarkan cerita ‘Hikayat Malim Deman’. • Berdasarkan kepercayaan orang Minangkabau, semasa pertabalan Tunku Laras di Tanah.Datar Minangkabau, baginda telah ghaib dengan tiba-tiba dan dipercayai dilarikan oleh puteri kayangan. Di sanalah baginda mendengar bunyi-bunyian yang sungguh lunak dan merdu yang dinamakan Caklempong. -Caklempong dibawa ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke 19 oleh peniaga Minangkabau dari Sumatra Barat yang datang dan bermastautin di Negeri Sembilan. Permainan Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini.Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut:

Gereteh


Tingkah/Saua


Bangsi
Gendang

Kayupengetuk
Kayu pengetuk


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen